Pengisian & Program MTT Sepanjang Minggu
Alhamdulillah, minggu-minggu awal persekolahan sessi 2016 berlangsung dengan baik. Pelajar-pelajar nyata bersemangat untuk mengikuti program yang dijalankan sepanjang minggu. Di peringkat asrama, satu pelancaran latihan pidato & usrah peringkat asrama telah berlangsung dan disempurnakan oleh Timbalan Mudir merangkap Ustaz Mohd Shaiful Ambia di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring.
Manakala pada 12 Januari 2016 pula, bahagian kokurikulum MTT telah membuka sessi pendaftaran kelab & persatuan bagi semua pelajar. Selain kelab dan persatuan sedia ada seperti Persatuan Bahasa, Pembimbing Rakan Sebaya, Kraf & Landskap, pada tahun ini juga MTT telah memperkenalkan kokurikulum Kulinari dan juga memanah.
Pada hari tersebut juga telah berlangsung raptai (rehearsal) sempena majlis Pelancaran Kokurikulum MTT 2016 yang akan berlangsung pada 19 Januari 2016 di padang MTT.
Manakala pada hari rabu, 13 Januari 2016, dua program yang berlangsung adalah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2016 yang melibatkan organisasi tertinggi kelas, ajk asrama dan juga pengawas iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Program dianjurkan dengan kerjasama lepasan pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA. Pada sebelah petangnya, perasmian program dwi-bahasa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia dengan gimik pelancaran tayangan montaj.
Pada hari sabtu, 16 Januari 2016 juga telah diadakan latihan dan ujian memanah bagi guru dan kakitangan MTT yang terlibat sebagai pendedahan sebelum bermulanya kelas bagi kokurikulum memanah.
InsyaAllah, banyak lagi program yang telah dirancangkan setiap tahun, antaranya Sukan Tahunan MTT (SUKMAT), Jambori Umum MTT, Rehlah Huffaz dan lain-lain.