Himpunan Ukhuwah Serasi Bersama (HUSBE).
Alhamdulillah… usai sudah program anjuran pelajar Diploma Syariah, Fakulti Kontemporari Islam (FKI) Semester Tiga, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama pelajar-pelajar Tahfiz Khas, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) pada 26 Mac 2015 (Sabtu) yang lalu. Program yang dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan kursus Individu dan Komuniti (IAF 1012) yang merupakan subjek fakulti yang dipelajari mereka.
Pengarah program HUSBE, Muhammad Azamuddin Mohd Noh menyatakan, program tersebut mempunyai objektif yang tersendiri iaitu merapatkan ukhuwah sesama pelajar, merehatkan minda dan dalam masa yang sama menguji minda para pelajar, mengekalkan identiti dan peribadi pelajar sebagai seorang muslim serta membina jati diri pelajar.
Program selama sehari tersebut telah berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring bermula kira-kira jam 8.00 pagi hingga 6 petang sambil diiringi beberapa orang pelajar. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program HUSBE pada kali ini.