Khalid Misy’al Juara Keseluruhan SUKMAT 2016.

Alhamdulillah… Tahniah diucapkan kepada pasukan Khalid Misy’al (Rumah Merah) atas pencapaian muncul juara kejohanan SUKMAT 2016 yang berlangsung pada 29 Mac 2016 hingga 31 Mac 2016 yang lalu. Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan bagi edisi SUKMAT 2016. Kejohanan pada kali ini telah dilangsungkan di dua lokasi berbeza, iaitu Padang Bola Sepak Tok Jiring dan Perkarangan Asrama Muslimin, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).

12928269_778262412309521_4785018117170527686_n

Khalid Misy’al muncul juara keseluruhan setelah memonopoli beberapa acara yang dipertandingkan termasuklah Perbarisan Terbaik, Bola Sepak bagi kedua-dua kategori (Menengah Bawah & Menengah Atas), Bola Baling, Olahraga, Bola Jaring, Explorace dan beberapa acara lain dalam kategori lelaki dan perempuan.

22690_778261298976299_5183867104989169419_n

Turut dilangsungkan adalah acara guru versus pelajar bagi sukan bola sepak yang mana keputusannya memihak kepada pelajar dengan kemenangan selesa. Acara sepak takraw guru versus pelajar pula menjadi dominasi pasukan guru dengan muncul juara dan naib juara. Pertandingan melibatkan peserta muslimat pula, acara bola jaring dimenangi oleh pasukan pelajar disusuli pasukan guru di tempat kedua. Manakala bagi acara memanah melibatkan guru versus pelajar, keputusan perlawanan menjadi milik pasukan guru dengan pemanah terbaik menjadi milik Cikgu Siti Nadzirah Mohd Aziz dan Cikgu Wan Sabariah Wan Musa. Nur Fazreen Wahidah pula muncul pemanah terbaik dari pasukan pelajar.

12932702_777357659066663_5367303902704952757_n

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SUKMAT 2016. InsyaAllah, kejohanan SUKMAT akan diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.

12936646_777357635733332_3253353079410473623_n

Juara : Khalid Misy’al (Merah)
Naib Juara : Syeikh Ahmad Yasin (Hijau)
Ketiga : Ismail Haniyeh (Biru)
Keempat : Abdul Aziz Rantisi (Kuning)