Jamuan Rakyat & Kuliah Santai Bersama Ustaz Ahmad Dusuki

e51b0de8-d09f-4426-9f91-e88591d8caf1

Alhamdulillah, puji-pujian kehadrat Allah SWT dengan kurnia dan izinNya dapat juga kami melaksanakan program Jamuan Rakyat (Sambil Menderma) & Kuliah Santai Bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani pada hari 16 April 2016 (Sabtu) bertempat di Kompleks Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).

12974481_1148101811888836_7099568789832603794_n

Ketibaan Ustaz Dusuki kira-kira jam 10.00 pagi disambut mesra oleh pihak pengurusan MTT. Program bermula kira-kira jam 10.30 hingga 11.30 pagi untuk slot kuliah, dan disambung dengan jamuan rakyat hingga jam 4.00 petang. Alhamdulillah, sejumlah lima ekor lembu yang dilaksanakan melalui skim aqiqah telah menjadi hidangan kira-kira 3000 orang pengunjung.

12991057_1148102081888809_7180688511099629285_n

Alhamdulillah, tiadalah sesuatu melainkan dengan kehendak dan keizinanMu jua.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para dermawan yang senantiasa memberi sokongan kepada kami dalam usaha menjalankan kerja-kerja kebajikan. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan program sejak fasa awal promosi, wakil-wakil masjid, jawatankuasa program, lepasan pelajar serta masyarakat setempat.

Ya Allah …mewahkanlah kami dalam rahmat dan keampunanMu…biarkan kami dalam keadaan limpahan rezeki yang penuh keberkatan…Hanya keridhaanMu sangat sangat kami dambakan