Ringkasan… Jan – Mei 2016 @ MTT (Bah 1)

Alhamdulillah… sessi persekolahan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah memasuki fasa seterusnya. Enam bulan telah berlalu dengan pelbagai program dan aturcara telah berlangsung dalam usaha menerbitkan potensi dan keupayaan dalam diri setiap pelajar.

Antara program utama yang telah berlangsung adalah Jambori Umum MTT, Merentas Desa, Sukan Tahunan MTT (SUKMAT), Rehlah Huffaz, Kuasai Dwi Bahasa, Sambutan Hari Guru, Rehlah Guru & Kakitangan, Lawatan Qudwah dan beberapa lain program lain yang telah berlangsung.

Selain program harian, pihak MTT juga tidak ketinggalan dalam memastikan etika dan disiplin pelajar sentiasa cemerlang. Justeru itu, beberapa sessi spotcheck, pemantauan dan kaunseling telah dilaksanakan. Semoga ia mampu memberi lonjakan dan perubahan yang baik kepada anak-anak pelajar ini. Ia termasuklah pelbagai aktiviti dibulan disiplin seperti Kempen 3J, Kuiz Disiplin dan jemputan penceramah luar untuk sessi ceramah berkaitan disiplin.

Di peringkat asrama pula, beberapa siri gotong royong perdana telah diadakan bagi memastikan persekitaran tempat tinggal mereka sentiasa bersih. Ia adalah penting bagi mengelakkan penularan pelbagai jenis penyakit yang berpunca dari persekitaran yang tidak sihat. Program gotong royong ini adalah dibawah pemantauan dan seliaan guru & kakitangan MTT yang telah dipertanggungjawabkan.