Ringkasan… Jan – Mei 2016 @ MTT (Bah 2), Hafazan

Rehlah Huffaz 3.0 telah berlangsung di Surau Kampung Tanjung yang melibatkan 21 orang peserta. Rehlah Huffaz ini bertujuan untuk memberi refleksi berbeza dalam hafazan dan diharap ia mampu untuk memperbaiki mutu hafazan pelajar. Turut dilangsungkan pada akhir Mei yang lalu adalah Kem Beku Cuti pada pelajar-pelajar yang masih tidak mencapai tahap muqorror (silibus) minimum. Ia adalah penting untuk memastikan pelajar mengambil berat aspek hafazan al-Quran dan menjadikan ia satu pegangan dalam diri. InsyaAllah.

DSCN9361

(Gambar Arkib)

Dalam mencapai matlamat tersebut, beberapa siri Rehlah Huffaz telah dirancangkan sebelum sessi persekolahan 2016 menutup tirai. Tidak dilupakan, Kem Tahfiz Anak Soleh 2016 yang merupakan aktiviti tahunan MTT akan diteruskan lagi pada hujung tahun ini. InsyaAllah, doakan semoga diberi kemudahan dalam kami menjalankan aktiviti membentuk rohani dan kecintaan terhadap al-Quran.

fe230cbc-9439-478f-b3a3-45da3f330ef2

(Rehlah Huffaz 3.0)

Tahniah juga diucapkan kepada nama-nama yang dinyatakan dibawah kerana telah mencatatkan pencapaian terbaik hafs. Mereka adalah Nursyazwani Abdul Hadi, Ammar Alif Mohd Hairol dan Siti Nurfatehah Sukri. Kami sentiasa mendoakan dan berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain.