Iftar Amal & Infaq Bersama Dr. Robiah K Hamzah

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, program yang direncanakan sejak pertengahan bulan Mei 2016 berjaya dilaksanakan dengan izin dan kehendak dariNya. Program Iftar Amal & Infaq bersama Dr Robiah K. Hamzah ini telah berlangsung di Laman Pozi, Gong Badak pada 22 Jun 2016. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dana kebajikan guru & kakitangan MTT menjelang sambutan hari raya Aidilfitri 1437H bersamaan 2016.

13507034_820210858114676_5689853576150812544_n

Konsep program melalui jualan kupon ini berjaya memikat kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, dan tidak ketinggalan daripada golongan pelajar. Tajuk program yang membicarakan “Punca & Penyelesaian… Kecemerlangan Tanpa Roh” ini berlangsung selama 1 jam 30 minit ini nyata masih belum cukup untuk merungkai permasalahan yang melanda bidang akademik pada hari ini.

13510750_820210838114678_8128862981184267475_n

Antara perkongsian yang boleh dititipkan melalui program tersebut adalah, mendidik jiwa dan rohani bukanlah semudah mendidik jasad dan fizikal. Didikan jiwa dan roh memerlukan daya usaha dan didikan mengenal Allah SWT yang WAJIB diterapkan sejak awal usia lagi. Ini termasuklah peringatan bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan (Qada’ dan Qadar Allah SWT).

13494968_820210294781399_1781232338192035439_n

Penerapan konsep kematian tanpa mengira usia, masa, pangkat dan kedudukan juga turut diberi perhatian. Sessi tayangan video yang memperlihatkan bagaimana malaikat maut mencabut nyawa hamba Allah ketika sedang bersukan, melakukan maksiat malahan juga ketika sedang menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Tayangan video yang menyentuh hati dan sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran dikalangan para tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

13529244_825069774295451_4860339251397600214_n

Sessi soal jawab bersama Dr Robiah juga telah menampilkan beberapa soalan yang menarik dalam usaha mencorakkan naluri dan roh dalam diri anak-anak masa kini. Soalan mendidik jiwa anak-anak, pelajar dan generasi sebelum memasuki alam baligh semestinya memerlukan banyak tunjuk ajar dan perhatian daripada ibu bapa. Peranan yang paling utama haruslah dimainkan oleh ibu bapa.

13600327_825070087628753_2130670935090313780_n

Cita-cita untuk melahirkan anak yang rajin dan tekun membaca al-Quran hendaklah dipamerkan oleh ibu bapa sendiri. Nyata, itulah contoh yang paling hampir boleh dijadikan panduan anak-anak. Dan, jika ibu bapa tidak mampu memainkan peranan tersebut, maka carilah individu yang ahli dalam bidang tersebut. InsyaAllah, impian melahirkan anak-anak yang mempunyai sifat dan kerohanian mampu dilaksanakan.

13524278_820211001447995_7550152924016704221_n (1)

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada Dr Robiah K Hamzah atas kesudian beliau hadir ke Kuala Terengganu untuk bersama-sama dalam program kami. Cenderahati telah disampaikan oleh Yang Dipertua Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), iaitu Ustaz Dr Abu Bakar bin Abdullah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah Basri. Usai majlis berbuka puasa, semua tetamu dijemput untuk menunaikan solat maghrib berjemaah di surau yang disediakan.

13516339_820210998114662_6648827933800017394_n

Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Dr Robiah K. Hamzah dan semua pihak yang memberi sokongan dan dokongan dengan belian tiket Iftar Amal & Infaq 2016 ini. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda dan dikurniakan keberkatan, InsyaAllah….