Ramadhan 1437H @ MTT

Bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan bagi tahun ini (1437H / 2016M) terus berlalu meninggalkan kita. Pelbagai pengisian telah disusun atur sepanjang Ramadhan untuk mengisi jiwa dan kerohanian pelajar, guru dan komuniti setempat sekaligus diharap dapat meningkatkan ketaqwaan kepada sang pencipta, Allah SWT.

13537809_830015673800861_3403190370579311145_n

Sebaik sahaja bermulanya Ramadhan, Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan MTT 1437H telah disempurnakan oleh mudir Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal dalam majlis ringkas di dewan terbuka, Masjid Jamek Tok Jiring pada 25 Mei 2016 (bersamaan 1 Ramadhan 1437H) yang lalu. Serentak dengan pelancaran ini, beberapa program penghayatan Ramadhan juga telah diatur.

13529109_825098677625894_1566236040859006192_n

Antara program yang diatur adalah Tadarus Al-Quran dikalangan pelajar muslimin dan muslimat bersama guru-guru. Para pendidik dan kakitangan lain juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama bertadarus dalam kumpulan mereka. Selain itu, turut dijadualkan program Tadabbur Al-Quran disamping tazkirah zohor yang mengikut jadual yang telah ditetapkan daripada kalangan pelajar serta guru-guru di MTT. Satu kuliah khas juga telah diadakan sempena Nuzul Quran 1437H dengan menjemput Ustaz Wan Yusrizal Wan Syafei, Mudir Madrasah Darul Ihsan sebagai panel.

13600148_830013120467783_6184962458650092573_n

Para pendidik dan pelajar di MTT juga ada menerima beberapa jemputan dari organisasi, pihak masjid dan surau untuk majlis berbuka puasa, solat terawih dan tazkirah terawih di tempat mereka. Terima kasih atas kesudian semua pihak yang menjemput pelajar dan pendidik di MTT untuk bersama-sama dalam program mereka. Selain itu, pihak MTT dengan kerjasama Masjid Jamek Tok Jiring juga ada menganjurkan program Qiamullail di sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Beberapa program Iftar yang berlangsung sepanjang Ramadhan yang lalu adalah,

13537657_825096530959442_1815583210067471317_n

Alhamdulillah, program-program yang dijalankan dapat dijalankan dengan sebaiknya. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bekerja sama dalam memastikan program dapat dijalankan dengan sebaiknya. Ucapan terima kasih juga kepada semua para penyumbang dana. Semoga Allah memberi keberkatan dan limpahan rezeki kepada anda semua. InsyaAllah….