Program Tautan Ukhuwwah Pelajar Asrama

Alhamdulillah,.. Pada 30 Julai 2016 yang lalu, satu program Tautan Ukhuwwah yang melibatkan pelajar-pelajar asrama di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah dijalankan. Program santai yang bertujuan mengukuhkan ikatan silaturrahim antara mereka.

13680580_841308472671581_5389807336493484677_n

Program telah berlangsung di dua lokasi berasingan iaitu, Arena Sports Planet bagi pelajar asrama muslimin (lelaki) dan Taman Tamadun Islam merupakan tapak program bagi pelajar muslimat (perempuan). Beberapa orang guru pengiring juga turut sama terlibat dan melaksanakan aktiviti bersama pelajar-pelajar terlibat.