19/09/2016 : Gerak Kerja Pembinaan Bangunan Pentadbiran Baru MTT
Alhamdulillah, 19 September 2016, pembinaan Bangunan Pejabat Pentadbiran Baru Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) diteruskan lagi. Pembinaan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM150,000.00 sangat memerlukan dana segera dan perlu diselesaikan menjelang permulaan sessi persekolahan bagi tahun 2017.
Berdasarkan perangkaan yang dibuat dari tahun ke tahun, kapasiti pelajar MTT dijangka mencecah sehingga 650 orang pelajar berbanding jumlah pelajar sedia ada pada tahap 550 hingga 600 orang pelajar. Dengan fasiliti kelas yang sangat terhad, ruang pejabat pentadbiran sedia ada akan diubahsuai untuk dijadikan kelas bagi menampung permintaan pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
MTT merupakan sebuah institusi pendidikan yang menggabungkan sistem pengajian TAHFIZ & AKADEMIK, dimana pengambilan pelajar bermula seawal usia 11 tahun bagi aliran TAHFIZ AKADEMIK hingga ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia. Dari aspek penilaian dan persijilan, MTT menggunakan sistem peperiksaan peringkat kementerian yang merangkumi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan juga Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi mereka yang berkelayakan. Bagi pelajar lepasan PT3, tiga aliran ditawarkan iaitu, (i) Tahfiz Sains Tulen, (ii) Tahfiz Perakaunan, (iii) Tahfiz Wa Ulumul Qiraat. Maklumat lanjut sistem pengajian di MTT, boleh layari : http://mttdaruliman.edu.my (KLIK DISINI)
Justeru, kami merayu sumbangan daripada sahabat-sahabat dermawan sekalian untuk sama-sama membantu kami menyediakan fasiliti yang terbaik dalam usaha melahirkan generasi ilmuan islam yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :
MAYBANK : 5630 6412 7667
CIMB : 8602 1544 84
atas nama Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah
Pertanyaan lanjut boleh hubungi :
Cikgu Abdullah Embong.
014-212 4909
abdi_em@yahoo.com