Kem Kecemerlangan PT3 2016
Menjelang musim peperiksaan yang hampir tiba, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) melalui Jabatan Akademik tampil dengan inisiatif penganjuran Kem Kecemerlangan PT3 pada 22 hingga 24 September 2016 yang lalu bertempat di Angullia Beach Resort, Marang Terengganu. Kem ini telah melibatkan 109 orang calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) MTT 2016. Kem sebegini merupakan aktiviti tahunan bagi pelajar yang terlibat dengan peperiksaan utama kementerian.
Program selama 3 hari itu memfokuskan kepada tips & trick menjawab soalan, motivasi dan kerohanian diri pelajar. Ia adalah sebagai inisiatif tambahan untuk pelajar lebih bersemangat dan menumpukan daya fikiran mereka terhadap Ujian Bertulis PT3 yang akan bermula pada 10 Oktober 2016 ini. Sebanyak 8 slot (7 slot subjek + 1 slot motivasi) telah berlangsung sepanjang program dengan penceramah dan motivator yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.
Dalam program tersebut, satu majlis penyampaian sijil kepada 4 orang pelajar terbaik iaitu :
- Afiq Syahmi Zuraidi (3 Imam Nafi’)
- Abdul Rahman Ahmad Shaharuddin (3 Imam Nafi’)
- Farzana Shahirah Zakaria (3 Imam Ibnu Kathir)
- Busyra Mohd Afif (3 Imam Ibnu Kathir).
Alhamdulillah… Tahniah diucapkan kepada semua yang nyata bersemangat dan menunjukkan komitmen untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, tidak hanya didunia, tetapi juga di akhirat kelak. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon PT3 MTT 2016. Kem Kecemerlangan SPM 2016 bakal tiba tidak lama lagi. InsyaAllah….