Kem Kecemerlangan SPM 2016.

Anguilla Beach Resort sekali lagi menjadi destinasi tumpuan untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2016 yang melibatkan kira-kira 80 orang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) bagi tahun ini.

14716047_886614614807633_1049684432416152657_n

Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah menghimpunkan beberapa orang penceramah yang mahir dalam selok-belok soalan peperiksaan SPM. Para pelajar telah diberi pendedahan mengenai tip-tip dan teknik bagi membantu mereka menjawab kepelbagaian soalan SPM.

14725650_886614618140966_321953828968694646_n

Tidak diketepikan, elemen kerohanian turut diselitkan dengan sessi tazkirah, kaunseling dan bacaan ayat suci al-Quran pada sebelah malam dan usai menunaikan solat subuh. Pelajar juga turut berpeluang menikmati keindahan alam di waktu pagi sebagai mengkagumi ciptaan Allah SWT sambil menghirup udara segar yang membantu dalam membina kesegaran dalam diri sebelum mengikuti slot kem.

14721734_886617358140692_334810675643060482_n

Alhamdulillah,. semoga program yang berlangsung dari 6, 7 dan 8 Oktober itu dapat memberi input yang berguna kepada pelajar dalam menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2016. Doa kami untuk kalian agar terus istiqamah dan berjuang dengan tidak kenal erti putus asa dalam memartabatkan institusi pendidikan islam.

11210392_886620464807048_1477251286040453417_n