Lawatan PT3 & Fisabilillah MTT 2016

Alhamdulillah… Lawatan Thaqofah PT3 bagi tahun 2016 telah berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober 2016 yang lalu dengan destinasi tumpuan adalah di sekitar Selangor dan Melaka. Lawatan pada kali ini turut disertai pelajar yang mendapat jumlah carian dana tertinggi melalui Jabatan Fisabililillah.

14595620_888952934573801_1412859543716152291_n

Peserta bertolak dari Ma’ahat Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman kira-kira jam 11.00 malam, 13 Oktober 2016 menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau lebih dikenali sebagai Islamic International University of Malaysia (IIUM). Dua buah bas yang membawa peserta tiba di Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 5.30 pagi untuk hemat diri dan bersarapan sebelum meneruskan kembara ke UIAM jam 7.30 pagi.

14718616_888843907918037_6059549523342133626_n

Ketibaan di IIUM disambut mesra oleh wakil Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) IIUM dan dibawa ke dewan untuk sessi taklimat bersama pihak pengurusan IIUM. Peserta diberi pendedahan mengenai cabang dan aliran yang boleh diikuti sebaik menginjak ke peringkat yang lebih tinggi. Usai sessi penyampaian cenderahati dari kedua-dua pihak, peserta rombongan dibawa meninjau kawasan perpustakaan IIUM dan sekitar kawasan IIUM. Selesai makan tengahari, perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya, iaitu Taman Botani.

14591628_888958127906615_6708078408179213442_n

Di sana (Taman Botani), peserta rombongan berkesempatan untuk merasa pengalaman di Rumah Empat Musim yang pada ketika itu berada dalam iklim dan suasana musim luruh. Pada sebelah malamnya, rombongan menuju ke Bandar ICT di Shah Alam. Peserta beristirehat di Kompleks Tahfiz Sukan As-Sofiyuddin di Klang. Mereka dijadualkan untuk beberapa siri perlawanan persahabatan pada pagi sabtu, 14 Oktober 2016.

14581386_890228411112920_6970335472684155060_n

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah di KOMTAS dan tazkirah ringkas, beberapa siri perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring telah diadakan yang keputusan akhir memihak kepada tuan rumah. Perjalanan diteruskan pada jam 11.30 pagi menuju ke Melaka, Bandaraya Bersejarah untuk ke The Shore Sky Tower di Melaka dan bersiar-siar di Bandar Hilir. Rombongan bertolak balik ke MTT kira-kira jam 11 malam dan tiba di MTT pada jam 8.30 pagi.

14724383_888977181238043_2131326190010409433_n