Memperingati 25 Tahun Perobohan IB

19 November 2016, genap 25 tahun peristiwa hitam yang berlaku dalam bidang pendidikan negara. Sebuah institusi bernama Institut Berakan (IB) telah dirobohkan. Ia merupakan cubaan ketiga pada tahun tersebut setelah dua percubaan pertama berjaya digagalkan. Namun, peristiwa hitam tersebut telah menjadi bingkisan dalam lipatan sejarah, Institut Berakan bangkit dan terus bersaing dalam bidang pendidikan negara.

e0f04869-636f-442a-a5fb-47afd9ab9d22

Satu program khusus telah dianjurkan bagi memperingati peristiwa 25 tahun perobohan Institut Berakan. Pelbagai program dan acara telah disusun atur dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Hospital Sultanah Nur Zahirah, Darussyifa’, Pasti Tok Jiring dan gerai-gerai jualan Car Boot Sale. Program bermula pada 18 November 2016 dengan slot Kuliah Dhuha oleh Ustaz Wan Azahar Wan Ahmad. Manakala, khutbah jumaat di Masjid Jamek Tok Jiring telah disampaikan oleh Ustaz Yaakub Yusra Yusof selaku Khatib tamu.

6e9440ac-062b-4f8a-9484-c5b2332a3c09

Program diteruskan selepas solat jumaat dengan pertandingan mewarna dan pertandingan masakan. Pertandingan mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit. Sementara menunggu masa pertandingan tamat, pengunjung diserikan dengan beberapa persembahan selingan iaitu Demonstrasi Silat Seni Pusaka Gayong dan persembahan dari pelajar-pelajar MTT.

6bf6a4ca-5728-4fab-8891-e80812244137

Slot kuliah maghrib pada hari tersebut telah disampaikan oleh mudir Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), iaitu Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal. Program kemudiannya diteruskan dengan persembahan pentas oleh Kumpulan Soutul Amal dan beberapa persembahan iringan dari pelajar-pelajar MTT. Acara kemuuncak pada malam tersebut adalah Ceramah Perdana Sempena 25 Tahun Perobohan Institut Berakan (IB). Ceramah tersebut telah disampaikan oleh tiga orang tokoh yang berpengaruh iaitu Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, dan Ustaz Wan Azahar Wan Ahmad.

13f37675-af3c-4fe1-8d81-53da399ddea0

Pada 19 November, acara diteruskan dengan Pemeriksaan Kesihatan Darussyifa’ dan Program Derma Darah yang dijalankan dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Antara program yang berlangsung pada pagi tersebut adalah kuliah muslimat dan juga BICARA TOKOH PEJUANG ISLAM : HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG. Sesi kuliah muslimat telah disampaikan oleh ustazah Asmah binti Salleh, manakala ahli panel bagi forum bicara tokoh terdiri daripada golongan intelektual dalam bidang masing-masing, iaitu Cikgu Fatimah Hamzah (Pakar Sejarah Terengganu), Prof Madya Dr Berhanundin (Pensyarah UniSZA), dan Dr Abu Bakar Abdullah yang turut menulis buku mengenai pejuang islam tersebut.

5d033a1c-686e-4fc8-b4a0-6d4a3c92fc5b

Pada sebelah petang pula telah berlangsung program bersama lepasan pelajar IB & MTT dan juga mesyuarat agung dan pemilihan. Serentak dengan itu juga, majlis perasmian sambutan telah disempurnakan oleh Dr Abu Bakar Abdullah. Program berakhir secara rasminya dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

 d0e60b75-13b1-4d46-8388-5ac347af2079