KEMTAS 2016… As It’s Happened….

Alhamdulillah… Ucapan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah perkenannya, Kem Tahfiz Anak Soleh 2016 (KEMTAS 2016) usai dilangsungkan pada 03 Disember 2016 hingga 09 Disember 2016. Cuaca yang kadangkala hujan tidak mengganggu kelancaran program kerana sesungguhNya ada rahmat disebalik setiap kejadian Allah SWT.

9d4ed1e2-9d34-46ed-ab76-e3a9b5453262

Mengekalkan tema,“Anak Soleh Mahkota Ibu Bapa”, KEMTAS2016 berjaya menarik kehadiran kira-kira 130 orang peserta yang berusia rata-rata 10 hingga 14 tahun. Kepelbagaian program telah direncanakan bagi memastikan peserta dalam membawa pulang ilmu dan bekalan yang bermanfaat untuk diamalkan.

62cd825c-267a-419b-8d93-8a295d1e8a81

Secara ringkas, program yang disusun atur bermula seawal jam 4.30 pagi untuk kendiri para peserta sebelum bersiap menunaikan solat subuh dan tazkirah subuh di Masjid Jamek Tok Jiring. Ia diteruskan dengan halaqah hafazan mengikut kumpulan yang telah diagihkan pada hari pertama pendaftaran mereka. Usai sarapan pagi, para peserta akan menuju ke kelas hafazan masing-masing, kelas hafazan turut diselang-selikan dengan pengisian tadabbur al-Quran bagi mereka mendalami dan memahami mengenai ayat-ayat al-Quran yang terpilih.

15578729_934036316732129_8537870260078300129_n

Pada sesi petang, para peserta diberi pendedahan mengenai alam remaja, praktikal wudhu’ dan solat yang sempurna, keajaiban dan hubungkait mukjizat al-Quran dan teknologi sains yang disampaikan dalam bentuk multimedia oleh penceramah jemputan. Turut serta pada edisi kali ini adalah pameran & demonstrasi robotik darii RoboPro (UniSZA). Selepas solat asar pula, mereka akan terlibat dengan aktiviti outdoor seperti berkuda, menangkap ikan, memanah  walking kids dan sukan-sukan santai yang lainnya.

15492606_934037653398662_8020837974476024467_n

Manakala pada sebelah malamnya pula, peserta sekali lagi meneruskan sesi hafazan al-Quran dengan bimbingan guru dan fasilitator bertugas. Usai solat isyak, beberapa slot tayangan mengenai negara turki, tayangan islamik, mukjizat al-Quran dan Slot Sentuhan Qalbu bersama Ustaz Mohd Nafizul Ismail yang menyentuh jiwa anak-anak peserta kem sekalian. Sebelum beradu, peserta dilazimkan dengan bacaan surah al-Mulk dan minum ringan.

1d047eb3-d9c7-4f95-9b4f-09c820e2f720

Sebelum menutup tirai, para peserta dan ibu bapa telah diberi bimbingan motivasi oleh Imam Muda Fakhrul di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Majlis penutup dan penyampaian sijil peserta telah disempurnakan oleh Mudir Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Ustaz Haji Muzaihar Kamal Mustapa Kamal

ANAK SOLEH, MAHKOTA IBU BAPA. INSYAALLAH!!!

GALERI KEM TAHFIZ ANAK SOLEH (KLIK)