Abdul Aziz Rantisi (Kuning) Juara SUKMAT 2017.

sukmat-2017-4-lompat-jauh

Alhamdulillah, Sukan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (SUKMAT) 2017 melabuhkan tirai dengan Pasukan Abdul Aziz Rantisi (Rumah Kuning) muncul juara keseluruhan menewaskan tiga pencabar lain. Kejohanan yang bermula dengan acara larian desa dan olahraga pada 19 Januari 2017 diikuti dengan acara utama SUKMAT pada 25 dan 26 Januari 2017 menyaksikan kesungguhan para pelajar dan guru dalam setiap acara yang dipertandingkan.

sukmat-2017-7-acara-bola-sepak

Selain persaingan antara pelajar, turut dilangsungkan adalah perlawanan persahabatan antara guru dan pelajar dalam acara bola sepak dan bola jaring yang dimenangi oleh pasukan guru. Antara acara lain yang turut berlangsung adalah Sepak Takraw, Bola Tampar, Bola Baling, Memanah, Ping Pong dan Olahraga (Larian 100 meter, Lontar Peluru, Lompat Jauh). Acara telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Menengah Atas dan Menengah Bawah. Berikut dilampirkan ringkasan keputusan setiap acara yang dipertandingkan.

KEPUTUSAN PENUH.

  1. Abdul Aziz Rantisi (Kuning)
  2. Syeikh Ahmad Yassin (Hijau)
  3. Khalid Misyal (Merah)
  4. Ismail Haniyyah (Biru)

PERBARISAN TERBAIK : HIJAU

Acara Muslimin (Padang Awam Tok Jiring).

muslimin

 

 

 

 

 

 

 

 

Acara Muslimat (MTT)

muslimat