Kursus Kepimpinan & Keceriaan Kelas dan Kem Bestari Solat

Kuasa MATLAMAT adalah pendorong utama disebalik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh

Intipati utama yang dijadikan rujukan dan perangsang kepada para peserta Kursus Kepimpinan & Keceriaan Kelas yang berlangsung pada 20 Februari 2017 yang lalu. Program yang dikendalikan oleh saudara Najmuddin Ulwan & Ahmad Sofwat dari Qudwah Legacy Training Consultant itu telah melibatkan kira-kira 80 orang pelajar yang mewakili setiap kelas. Mereka diberi pendedahan mengenai asas kepimpinan dan pengorganisasian dalam skop sebuah kelas. Mereka juga diberi input-input berguna mengenai teamwork dan membina keceriaan sesebuah kelas.

444f821e-d479-42d2-b11a-2cd38f974226

Manakala pada 23 dan 24 Februari yang lalu juga telah berlangsung program Kem Bestari Solat (Siri I). Sejumlah 150 orang pelajar telah terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, dan pelajar Aliran Tahfiz Khas (11 & 12 Tahun). Program tahunan tersebut bertujuan memberi teori dan praktikal berkaitan solat yang meliputi dari aspek berwudhu’ hingga menunaikan solat dengan sempurna.

16681739_1356027474417995_5639487734104705832_n

Program pada kali ini juga turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada 19 orang fasilitator UniSZA yang kebanyakannya dari Fakulti Kontemporari Islam. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal selaku mudir MTT.

68a3cc00-1db7-488f-8c74-8b1f1f576aed

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s