Pelancaran Kokurikulum MTT 2017

Alhamdulillah…. Terima kasih diucapkan atas kesudian Ustaz Dr Mohd Hamdan bin Mohamad atas kesudian dan kelapangan waktu dalam Majlis Pelancaran Kokurikulum MTT bagi tahun 2017. Majlis tersebut telah berlangsung pada 23 Februari 2017, di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT). Ustaz Dr Mohd Hamdan juga telah berkenan untuk menyampaikan watikah perlantikan kepada semua guru penasihat kokurikulum yang terdiri daripada badan beruniform, kelab dan juga persatuan bagi sesi 2017.

16681837_985813668221060_4308103782604428561_n

InsyaAllah, semoga beberapa perubahan kecil dalam struktur pemilihan guru penasihat bagi sesi 2017 ini memberi nafas baru kepada semua badan kokurikulum. Semoga semua perancangan guru penasihat bagi setiap unit yang dipertanggungjawabkan dapat berjalan dengan baik dan membina minda dan jati diri pelajar untuk manfaat jangka masa panjang.

16865028_985813204887773_8871068899066147331_n