Lawatan Kepimpinan Qudwah MTT 2017.
Alhamdulillah… Lawatan Kepimpinan Qudwah Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mac 2017 yang lalu. Lawatan ini telah melibatkan 32 orang pelajar dan 9 orang guru pengiring. Peserta lawatan tiba di perkarangan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 5.15 pagi. Peserta mengambil peluang untuk rehat dan kendiri sementara menunggu masuknya waktu bagi mereka menunaikan solat Subuh.
Destinasi pertama peserta lawatan adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bersarapan dan melakukan aktiviti bersama siswa siswi UKM yang ramah dan ceria bersama kepimpinan pelajar (Qudwah) MTT yang menyertai lawatan pada kali ini. Program telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Peserta lawatan seterusnya bertolak ke Wangsa Walk untuk sarapan tengahari dan berehat sebelum menuju ke Universiti Malaya untuk para pimpinan Qudwah mendalami ilmu dan perkongsian dari siswa siswi UM.
Usai sessi di UM, para peserta dibawa ke Sekolah Al-Amin untuk rehat dan kendiri sebelum perjalanan sessi malam diteruskan ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) untuk makan malam dan aktiviti ramah mesra bersama siswa siswi KUIZM. Hari kedua lawatan lebih santai dengan lawatan tertumpu ke Muzium, Planeterium, Kuala Lumpur City Center (KLCC), Aquaria KLCC sebelum bertolak pulang ke MTT. Peserta juga dibawa ke Jalan Masjid India dan Central Market untuk membeli cenderahati kenang-kenangan untuk dibawa pulang.
Pihak MTT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang lawatan ini berlangsung. Alhamdulillah… Semoga ukhuwah yang terbina terus terjalin untuk masa-masa yang mendatang.