40 Years And Still Counting……

Alhamdulillah… Sambutan 40 Tahun Institut Berakan (IB) / MTT & Ihtifal Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) melabuhkan tirainya dengan persembahan penutup daripada In-Team & Soutul Amal pada 8 April 2017 yang lalu. Program yang berlangsung selama 4 hari, bermula 5 April 2017 mendapat sambutan sangat baik daripada masyarakat setempat dan lepasan pelajar yang turut bersama-sama dalam program pada kali ini. Tidak terkecuali para pendidik yang pernah berkhidmat di IB dan juga MTT.

IB/MTT juga pernah diberi pengiktiran Anugerah SAR / Sekolah Swasta Terlama Di Terengganu didalam Himpunan Pendidik Terengganu 2015. Penganugerahan ini nyata memberi makna yang besar kepada lima tunjang utama penubuhan IB pada akhir tahun 1970an yang lalu. Mereka adalah Almarhum Dato’ Ustaz Abu Bakar bin Chik, Almarhumah Cikgu Safinah binti Jusoh, Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah, YM Cikgu Raja Endun Raja Abd Rahman dan Ustaz Abdul Rasyid Omar.

Sempena Sambutan 40 Tahun IB/MTT juga, Allahyarhamah Nik bin Daud telah diberi Anugerah Penghargaan Khas. Beliau merupakan ibunda kepada Ustaz Abdul Rasyid Omar. Lebih dikenali sebagai Cik De Nik, beliau banyak membantu terutamanya dari segi kewangan sejak awal menubuhan Institut Berakan di Jalan Sultan Omar. Semoga Allah Ta’ala memberi sebaik-baik ganjaran kepada beliau.