Anugerah Kecemerlangan MTT 2017

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Segala puji bagi Allah, yang telah memberi nikmat dan kurnia terhadap sekalian alam.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan dan penerima Anugerah Kecemerlangan sempena Majlis Idul Ilmi, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) pada berlangsung pada 07 April 2017  lalu. Ucaptama dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Dr Ustaz Ridhuan bin Mohd Noor di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok JiringProgram yang berlangsung pada petang jumaat yang berakah tersebut turut diserikan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Aruddin bin Nawi bersama para pelajar yang telah khatam 30 juzuk al-Quran.

Beberapa anugerah dan penghargaan telah disampaikan dalam majlis tersebut seperti pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan utama Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tahfiz Malaysia (STM), Cemerlang Tahfiz 2016 dan Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2016.

Turut diberi pengiktirafan adalah kepada Ikrimah Zaim bin Hilmi (17 Tahun) yang telah menerima Anugerah Imam Asy-Syatibi atas pencapaian syahadah 30 Juzuk Al-Quran. Putera sulung kepada pasangan Hilmi bin Saleh dan Rohaya binti Abdullah ini sentiasa menunjukkan minat dan kecenderungan dalam mendalami Kalam Allah. Berasal daripada Bandaraya Bersejarah, Melaka, beliau juga tidak lokek untuk membantu rakan-rakan lain untuk memperbaiki bacaan dan hafazan ayat suci al-Quran.

Sijil Tahfiz Malaysia (STM) pula telah dianugerahkan kepada Muhammad Ammar bin Awang. Anak muda yang berasal dari Rhu Muda, Marang ini telah mencapai syahadah Al-Quran 30 Juzuk. Semoga penganugerahan yang diterima terus membakar semangat beliau untuk menjadi seorang guru suatu masa kelak.

Manakala, Anugerah Ikon Pelajar telah dikurniakan kepada Nurul Nazurah binti Mohamad Fadzli diatas pencapaian membanggakan sepanjang bergelar pelajar di MTT dan kecemerlangan yang diteruskan usai menamatkan pengajian di MTT. Mencapai keputusan straight A’s dalam semua peperiksaan utama kementerian iaitu UPSR, PMR & SPM, Beliau muncul pelajar Terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di MTT pada tahun 2010 dan 2012.

Tekad dan matlamat yang jelas dalam merencanakan masa depan untuk bergelar seorang usahawanita, beliau telah menyambung pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan telah menerima pengiktirafan Anugerah Dekan Tahmidi USIM serta Anugerah Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM bagi semester 1 dan II untuk sessi pengajian 2013/2014. Beliau juga telah berjaya mencapai hafazan 23 Juzuk al-Quran serta mendapat Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).

Semoga kejayaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada para pelajar ini dapat membuka mata dan memberi inspirasi kepada para pelajar yang masih bertungkus lumus untuk mencipta satu memori sebagai seorang pelajar di MTT.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s