Bulan Disiplin, Dana Ramadhan & Ihya’ Ramadhan 1438H

Alhamdulillah… Waktu terus berdetik dan satu persatu program yang direncanakan dalam takwim tahunan MTT selesai dilaksanakan. Kini, tiba masanya untuk para pelajar menuju musim peperiksaan pertengahan tahun dan menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada penghujung Mei nanti.

Bersempena dengan itu, pelancaran Bulan Disiplin, Ihya’ Ramadhan 1438H dan Dana Ramadhan 1438H juga telah disempurnakan pada sesi perhimpunan 23 April yang lalu oleh wakil jabatan terlibat. Salah satu pengisian bulan disiplin yang telah dilangsungkan adalah Ceramah Jenayah Dikalangan Juvana dengan kerjasama IPK Terengganu. Ceramah tersebut telah berlangsung pada 25 April 2017 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring.

Turut berlangsung pada bulan April yang lalu adalah Ceramah Khas Israk Mikraj bersama Ustaz Ahmad Muzani bin Abd Rahman pada hari selasa. Ceramah yang berkisarkan perjuangan dan perjalanan peristiwa Israk Mikraj dan pengajaran yang boleh dirungkai daripada peristiwa tersebut.

Antara program lain yang berlangsung sempena bulan Disiplin MTT 2017 yang bertemakan 3J, singkatan kepada Jaga Solat, Jaga Akhlak & Jauhi Maksiat adalah pertandingan Menulis Cerpen dan pertandingan Melukis Poster dengan tema yang telah ditetapkan iaitu DISIPLIN. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat Menengah Atas dan Menengah Bawah.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s