Tahniah!! Penerima APC – Hari Guru 2017.

Alhamdulillah… sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena sambutan Hari Guru peringkat Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang berlangsung meriah pada 15 Mei 2017 bertempat di Dewan Terbuka, Masjid Jamek Tok Jiring.

Empat individu telah dipilih sebagai penerima APC bagi tahun 2017. Komitmen, usaha dan kesungguhan yang dipamerkan dalam setiap bidang tugasan yang diamanahkan sememangnya layak diberi penghargaan sewajarnya. Penerima APC bagi tahun 2017 hadir dari pelbagai latar belakang pendidikan dan perjalanan karier yang berbeza antara mereka.

  • Anugerah Kakitangan Cemerlang 2017
    • Puan Noor Sarida binti Hassan
      • Beliau memulakan karier sebagai warga MTT bermula 13 Jun 2000 sebagai Pembantu Am pejabat. Disamping itu, beliau juga diamanahkan sebagai pembantu warden asrama sehingga mendirikan rumah tangga bersama Cikgu Mamat bin Awang pada tahun 2002. Berbicara soal kerjaya, beliau nyata seorang yang sangat komited dan tidak pernah mengabaikan tugasan yang ditaklifkan kepadanya. Sentiasa bersifat sabar, cekap dan toleransi dalam berurusan sama ada tua mahupun muda membuatkan dirinya mudah untuk didekati. Lebih mesra dengan panggilan Kak Nor, beliau antara kakitangan yang banyak memanfaatkan waktu petang untuk melaksanakan OT (Overtime) / tambahan masa pada bagi memastikan tugasan yang diamanahkan dapat diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan.

  • Anugerah Guru Harapan 2017
    • Cikgu Saerah binti Ibrahim
      • Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam bidang perakaunan ini mula berkhidmat di MTT bermula akhir Disember 2013. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan dan Guru KAFA sekitar tahun 2007. Pada ketika itu, beliau baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Perakaunan di Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Setelah setahun menimba pengalaman dalam bidang pekerjaan, beliau menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah di institut pegajian yang sama. Berperwatakan matang, lemah lembut dan kadang kala keanak-anakan, beliau kini diberi tanggungjawab sebagai Ketua 3K bermula tahun 2017. Beliau sebelum ini juga pernah dilantik sebagai Penolong Unit Bimbingan & Kaunseling.

  • Anugerah Tokoh Guru Cemerlang 2017
    • Cikgu Nur Effendi bin Mahyiddin
      • Memulakan karier dalam bidang Kejuruteraan Elektronik sebagai Pembantu Jurutera di Nasional Panasonic, Shah Alam, anak kedua dari sebelas orang adik-beradik ini kemudiannya berpindah majikan di Sony Precision, dengan mengekalkan jawatan yang sama. Sentiasa gigih dan berdedikasi dalam usaha memperbaiki diri dan dalam melaksanakan tugas, anak kelahiran Kelantan ini telah ditawarkan tugas sebagai Pengurus Teknik Kontraktor Telekom di Syarikat Harum Engineering. Beliau  kemudiannya berkelana ke MTT dan bertugas sebagai pendidik bermula Februari 2006. Seiring dengan pengalaman dan prestasi kerja yang dipamerkan, beliau terus maju kehadapan dan dilantik sebagai ketua bidang. seterusnya memegang jawatan sebagai  Ketua Jabatan Akademik di MTT sehingga ke hari ini. Bapa kepada 6 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Cikgu Nor Hayyani binti Malik ini sentiasa berfikiran positif, memandang kehadapan dan tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang karier beliau sebagai inspirasi dan motivasi kepada pelajar dan rakan sekerja.

  • Anugerah Jasamu Dikenang
    • Ustaz Mohd Pauzi bin Muda
      • Beliau diputerakan pada tanggal 17 Januari 1958 di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Anak pertama dari 14 orang adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Maras (1965-1970). Beliau seterusnya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Ugama Tok Jiring (1971-1973)) dan Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin (1974 – 1976). Cintanya pada ilmu yang mendalam, beliau meyambung pengajian ke Kolej Islam Klang (1977-1978) dan seterusnya ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada tahun 1979 hingga 1983.

      • Sebaik sahaja tamat pengajian di UKM Bangi pada tahun 1983, beliau terus menabur bakti di Institut Berakan dan seterusnya dilantik menjadi Mudir MTT yang pertama dari tahun 1997 hingga 1999. Beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya di kawasan Batu Rakit dan Setiu.

Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan ini mampu menyuntik semangat untuk terus berusaha mempertingkat kualiti perkhidmatan dalam urusan seharian. Selain itu, ia juga diharap mampu dijadikan inspirasi untuk semua pekerja di MTT untuk melaksanakan amanah yang dikurniakan dengan bersungguh-sungguh sekaligus membawa hasil dan rezeki yang berkat untuk kehidupan seharian.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s