Ziarah Mahabbah Dari Delegasi Pendidik

Alhamdulillah, pada 8 Mei 2017 yang lalu, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah dikunjungi tetamu daripada Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) bersama-sama Puan Normala Sudirman, selaku pengerusi PENDIDIK. Ziarah mahabbah daripada delegasi berkenaan sedang dalam rangka lawatan untuk menziarahi insan-insan yang banyak menabur jasa dan bakti dalam bidang pendidikan sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 5.0 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mei 2017 di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kelantan.

Dalam kunjungan tersebut, mereka telah menziarahi Al-Fadhil Ustaz Dr Abu Bakar bin Abdullah di kediaman beliau. Kunjungan daripada delegasi PENDIDIK ini disambut dengan rasa terharu dan sebak oleh Dr ABA yang mengalami masalah kesihatan akhir-akhir ini. Puan Normala selaku pengerusi PENDIDIK amat menghargai jasa dan perjuangan Dr. ABA dalam memartabatkan institusi pendidikan di negara kita.

Delegasi PENDIDIK juga sempat menziarahi To’ Puan Zaiton binti Salleh, balu kepada almarhum Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik yang banyak memberi sumbangan kudrat dan cetusan ilham ketika hayatnya. Penubuhan PENDIDIK juga adalah hasil cetusan idea almarhum yang ingin melihat institusi pendidikan terus dipertingkatkan ke tahap tertinggi. Semoga para pejuang ini diberi kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negaran.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s