Kit-Kebajikan Ramadhan 2017

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar…

Bersyukur kehadrat Allah SWT atas segala nikmat dan pertolongan yang diberikan dalam kehidupan seharian kita sebagai Hamba Allah.

Alhamdulillah, pada 25 Mei 2017 (khamis) yang lalu, warga kerja MTT telah menerima Kit-Kebajikan Ramadhan yang terdiri daripada beras, gula, bihun, susu, kurma, kordial minuman, teh dan minyak masak. 

Gimik penyerahan telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Muzaihar Kamal Mustapa Kamal selaku mudir MTT diiringi Ustaz Mohd Shaiful Ambia Darusa untuk diserahkan kepada Cikgu Ishamuddin bin Ishak, wakil muslimin. Manakala, Toh Puan Zaitun binti Salleh diiringi Ustazah Norfaizan binti Nordin pula menyerahkan kit kebajikan kepada Puan Nor Shahida Yahya, wakil muslimat.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban perbelanjaan dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ucapan terima kasih kepada para dermawan yang sentiasa memberi sokongan kepada kami warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang senantiasa berusaha gigih dalam memartabatkan institusi pendidikan berteraskan al-Quran ini. Doa kami agar para dermawan sekalian dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan dapat menambah timbangan berat amal jariah di akhirat kelak. InsyaAllah..