Majlis Sumbangan Untuk Anak-Anak Yatim

Alhamdulillah… Sesungguhnya rezeki Allah itu Maha Luas… Kami bersyukur atas segala nikmat dan kurnia yang telah dianugerahkan

Pada Isnin, 12 Jun 2017 iaitu pada hari Nuzul Quran, 21 orang pelajar dari kalangan anak-anak yatim yang menuntut di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menerima sumbangan daripada pihak Advance Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AAT). Majlis telah berlangsung di Kompleks MTT bersama-sama Ketua Jabatan Fi Sabilillah, Cikgu Abdullah Embong.

Semoga rezeki yang dikurniakan ini dapat membantu mereka dalam sesi persekolahan dan sambutan Aidilfitri bagi anak-anak pelajar ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak AAT atas sumbangan yang diberikan. InsyaAllah.. Semoga terus dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan dalam urusan perniagaan yang dijalankan.