Rangkuman Ramadhan 143H @ MTT

Bulan Ramadhan sekali lagi berlalu meninggalkan kita. Ambillah sedikit masa untuk renungi perjalanan Ramadhan kita dari tahun ke tahun, prestasi dan pengabdian kita terhadap Yang Maha Berkuasa. Alangkah ruginya peluang istimewa tersebut dipersia-siakan dengan perkara melalaikan.

Perhimpunan Sebelum Cuti Aidilfitri 2017

Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman seperti tahun-tahun sebelumnya telah menyusun atur pelbagai pengisian untuk manfaat warga MTT secara keseluruhannya. Salah satunya, program tadarus harian untuk guru & kakitangan serta tadarus dikalangan pelajar MTT. Manakala program khatam perdana pula telah berlangsung pada hari terakhir sesi persekolahan iaitu 22 Jun 2017 di Dewan Solat Masjid Jamek Tok Jiring.

Program Khatam Perdana Di Dewan Solat Masjid Jamek Tok Jiring

Program Khatam Perdana Di Dewan Solat Masjid Jamek Tok Jiring

Turut berlangsung adalah program mendirikan malam dengan ibadah Qiamullail yang telah berlangsung pada awal pagi 12 Jun 2017. Ia disusuli dengan ceramah bersama Al Fadhil Ustaz Ahmad Muzani Abdul Rahman pada 14 Jun 2017 sebagai pengisian sempena Nuzul Quran.

Ceramah Nuzul Quran oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Muzani bin Abdul Rahman

Ceramah Nuzul Quran oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Muzani bin Abdul Rahman

Selain itu, turut berlangsung adalah Iftar Amal & Infaq Sempena Dana Pembangunan Pendidikan MTT bersama Yang Berbahagia Ustaz Ebit Lew. Program tersebut telah berlangsung di Kompleks MTT pada 18 Jun 2017. Alhamdulillah, jualan tiket program mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat. Hampir 350 orang tetamu telah bersama-sama hadir dalam majlis ilmu tersebut yang membicarakan topik ‘Pergantungan Kepada Allah’.

Iftar Keluarga MTT

Iftar Keluarga MTT

Program lain yang turut berlangsung adalah Temu Murni Perdana untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah berlangsung pada 17 Jun 2017, Sabtu, bertempat di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Program-program lain yang turut berlangsung termasuklah majlis penyerahan sumbangan daripada individu dan korporat kepada pelajar-pelajar yatim & miskin, pengagihan bubur lambuk yang dikendalikan oleh pihak Masjid Jamek Tok Jiring dan iftar keluarga MTT.

Majlis Sumbangan Oleh Advance Air Traffic

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s