AgroBank Rai Lebaran Bersama Golongan Kurang Bernasib Baik.

 
Subhanallah!! Alhamdulillah!! Allahuakbar!!

Ucapan puji dan syukur diucapkan kehadrat Allah SWT atas kurniaan yang telah diberikan./p>

11 Julai 2017 (Selasa) : Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) adalah antara 12 pertubuhan yang telah menerima sumbangan zakat daripada AgroBank dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ‘Syukur Syawal Agrobank’ yang berlangsung di Nexus Ballroom, Bangsar South City, hari ini.

Selain MTT, antara pertubuhan lain yang turut menerima pengagihan zakat ini adalah Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku (Klang), Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Pelajar Miskin (W.P Kuala Lumpur), Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia, Pertubuhan Bantuan Kebajikan Keluarga Miskin Bandar, dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Memetik kata-kata Pengerusi AgroBank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, ‘Sambutan setiap tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak bank kepada semua pihak yang banyak membantu mereka. Sepanjang 2016, AgroBank berjaya mencapai nilai pembiayaan tertinggi iaitu RM8.73 billion dengan pertumbuhan pada tahap 16.7% yang juga merupakan pertumbuhan tertinggi sejak 5 tahun kebelakangan ini.’