Perintis Da’i Masa Depan

Alhamdulillah… syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta Pertandingan Akhir Da’i Muda Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) 2017. Program yang bermatlamatkan untuk membina generasi pendakwah masa hadapan ini memberi peluang kepada semua peserta untuk menonjolkan bakat mereka dalam bidang orator. Ia juga secara tidak langsung memberi latihan kepada para pelajar untuk berani tampil dan berbicara dihadapan khalayak dengan penuh keyakinan.

Barisan juri yang terdiri daripada Cikgu Zuraini, Cikgu Siti Nadzirah dan Ustazah Norfaizan memuji persembahan para peserta bagi tahun ini. “Peserta nampak penuh berkeyakinan dengan lontaran kata-kata dan gerak tubuh menambah keunikan dalam persembahan mereka”. Nyata, persembahan dan peserta pada kali ini semakin meningkat berbanding beberapa edisi yang dianjurkan sebelum ini.

InsyaAllah, dengan didikan yang berterusan, potensi dan bakat yang dicungkil melalui program ini mampu membina generasi pendakwah masa hadapan diserata Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Berikut dilampirkan senarai pemenang bagi tahun 2017.

KATEGORI MENENGAH RENDAH

Saguhati : M. Fadlullah bin Hussin Zawawi (T1)

Ketiga : Syed Mohd Hafiz bin Ahmad Syed (T2)

Naib Juara : Aina Nabilah binti Mohd Azmi (T2)

Juara : Nurin Aqilah binti Mohd Amri (T1)

KATEGORI MENENGAH ATAS

Saguhati : Muhammad Hakimi bin Shafiee (T3)

Ketiga : Tengku Nur Alia Afiqah binti Tengku Adam (T3)

Naib Juara : Afiq Syahmi bin Zuraidi (T4)

Juara : Muhammad Hibatul Jihadi bin Mat Daud (T4)