Penyampaian Sumbangan Daripada Takaful Ikhlas

Alhamdulillah… Pada 27 Julai 2017 yang lalu, satu majlis penyerahan sumbangan kepada anak-anak pelajar yang terpilih daripada Takaful Ikhlas telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).

Majlis Penyampaian Sumbangan TI

Terima kasih diatas kesudian Tuan Haji Zaidin bin Kamaruddin selaku Pengurus Cawangan Terengganu untuk menyantuni 30 orang pelajar tersebut sambil diiringi Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa selaku Timbalan Mudir dalam majlis tersebut.

Jazakallahu Khairan Kathira diucapkan kepada pihak Takaful Ikhlas atas sumbangan dan kerjasama yang baik bersama MTT sejak beberapa tahun yang lalu. InsyaAllah., semoga mendapat ganjaran dan balasan yang sebaiknya dari Allah SWT.