Ziarah Mahabbah TGHA

Ucapan penghargaan dan terima diucapkan kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dengan panggilan Ayoh Chik atas kesudian meluangkan masa untuk menziarahi Ustaz Haji Awang Embong dan Ustaz Dr Abu Bakar bin Abdullah di kediaman mereka hari ini.

Ustaz Haji Awang Embong adalah Pengerusi Masjid Jamek Tok Jiring dan tinggal di Kampung Paya Datu. Suami kepada almarhumah Cikgu Safinah Jusoh ini mengalami masalah kesihatan sejak akhir-akhir ini. Usai itu, TGHA berkunjung pula ke kediaman Ustaz Haji Dr Abu Bakar Abdullah yang juga dipanggil Ustaz Kor di Kampung Gemuruh. Dalam kunjungan itu Ayoh Chik juga sempat berkongsi kaedah rawatan strok dengan air kelapa muda dan limau nipis.

Kami doakan semoga Ayoh Chik Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Kor @ Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah dan Ustaz Haji Awang Embong dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan dalam usaha meneruskan legasi perjuangan dan memartabatkan agama Islam.

“Apabila kita bertugas dan kita sakit, Tuhan beri pahala sama macam kita bertugas. Syaratnya kita sabar” – Ayoh Chik, Rabu, 2 Ogos 2017.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s