Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat MTT 2017

Alhamdulillah… pada petang 23 Ogos 2017, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat MTT bertempat di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Bersempena dengan itu juga, beberapa pertandingan telah dianjurkan iaitu Melukis Poster Tokoh Kemerdekaan, Menulis Sajak / Puisi dan Kuiz Kemerdekaan & Mereka Slogan.

Walaupun tempoh yang singkat untuk para peserta menyiapkan keperluan pertandingan, namun ia tidak menghalang untuk mereka memberi hasil karya yang terbaik untuk dinilai oleh para juri.

Turut sama berlangsung pada petang tersebut adalah Pidato Khas Kemerdekaan yang telah disampaikan oleh Ustaz Dr Mohd Hamdan bin Muhammad. Usai slot tersebut, para pelajar mengambil tempat untuk persembahan khas sempena kemerdekaan disusuli dengan tayangan video. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan Melukis Poster Tokoh Kemerdekaan.
1. Sofea Nasuha Nazarudin (1 Imam ‘Asim)
2. Nurul Nabila Batrisyia Mohd Nizam (3 Imam ‘Asim)
3. Puteri Nur Amalia Nadia Megat Suhaimi (5 Imam Ibnu ‘Aamir)

Pertandingan Menulis Sajak / Puisi
1. Puteri Nur Amalia Nadia Megat Suhaimi (5 Imam Ibnu ‘Aamir)
2. Nurul Izzati Adnan (3 Imam ‘Asim)
3. Wan Danisyah Wan Mohd Faizul (3 ‘Asim)

Pertandingan Kuiz Kemerdekaan dan Mencipta Slogan
1. Nurin Aqilah Mohd Amri (1 Imam Hamzah)
2. Nur Aliya Natasha Ibrahim (1 Imam Hamzah)
3. Fazreen Nadira Muhammad Jailani (1 Imam ‘Asim)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang mengambil bahagian.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s