#AlumniMTT : Anugerah Pelajar Cemerlang Fizik di KMP

Alhamdulillah.. puji dan syukur kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan perkenanNya dalam membantu kami membentuk dan mencorak para pelajar di MTT menjadi insan yang mendalami al-Quran dan ilmu akademik di usia awal remaja mereka dengan sebaiknya.

Hasil didikan awal yang diberi dan diasuh, tahniah kepada saudara Alif Aiman Yusof yang telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Fizik di Kolej Matrikulasi Pahang (KMP) baru-baru ini. Beliau mencatat keputusan cemerlang dalam hampir keseluruhan subjek (fizik, matetmatik, kimia, biologi) dalam pengajiannya di KMP.

Selain itu, adik Alif Aiman turut terpilih menjadi ketua praktikulum untuk subjek fizik dan matematik. Pada awal peringkat pengajian beliau di Matrikulasi, beliau turut memohon sebagai imam masjid. Alhamdulillah… Alumni Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ini terus menzahirkan rasa cinta terhadap ilmu al-Quran dan menunjukkan contoh sahsiah yang baik dan berterusan dari legasi pengajian beliau di MTT.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s