Lawatan Mahabbah MTT ke MTQ Addin

Alhamdulillah… Dalam usaha memperbaiki prestasi pengajian dan hafazan para pelajar di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), pihak pengurusan MTT bersama beberapa orang guru bahagian tahfiz di MTT telah melakukan lawatan mahabbah ke Ma’ahad Tahfiz Al Quran Addin Cawangan Tapah, Perak Darul Ridzuan pada 9 hingga 10 September yang lalu.

Ia adalah rentetan daripada Brainstorming Pemerkasaan Halatuju MTT pada 7 dan 8 julai yang lalu yang mana MTT terus komited untuk meningkatkan prestasi hafazan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah.. semoga impian yang digarap ini mampu dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang.