#AlumniMTT Cemerlang di ITEC17 & UMP TVET 2017

Alhamdulillah… perasaan terharu dan gembira terbit dihati warga pendidik Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) apabila menerima kiriman WhatsApp daripada Encik Ramlee bin Awang Min iaitu penjaga kepada Rashidi Ramlee yang merupakan alumni MTT 2016.

Rashidi yang kini melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut dalam bidang Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) telah menerima penganugerahan dibawah bimbingan Encik Saiyidina bin Hamat dan Encik Wan Suraya Hidayat bin Wan Mansor dalam pameran inovasi International Innovation Technology Exhibition & Conference 2017 (ITEC17′) yang berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kemaman Terengganu pada 11 & 12 September 2017. Inovasi yang dihasilkan diberi nama ELECTRICAL MOTOR CONTROL CIRCUIT TRAINING KITS SYSTEM telah menerima pengiktirafan pingat Gangsa dalam ITEC17′.

Sementara itu, Rashidi turut terpilih untuk mewakili IKM Besut ke UMP TVET EXPOSITION 2017 yang telah diadakan di Univrsiti Malaysia Pahang (UMP) pada 19-20 September 2017. Disini, mereka telah menggondol anugerah emas dan turut menerima sijil inovasi daripada penganjur program untuk inovasi yang diberi nama MULTI PURPOSE MAGIC MACHINE. Projek tersebut telah dihasilkan dibawah seliaan bersama Encik Zubairi bin Mat Zin dan Encik Nordi bin Abdullah

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, bapa Rashidi atau lebih mesra dengan panggilan Pok Lee menzahirkan ucapan terima kasih dari mereka sekeluarga diatas didikan dan tunjuk ajar selama Rashidi selama menuntut di MTT. “…kerana hasil didikan MTT suatu ketika dahulu..hari ni RASHIDI berada berada ditempatnya..selaku Imam surau IKM walaupun masih banyak kekurangan..”, tambah Pok Lee mengakhiri bicara.

Keputusan penuh kedua-dua program tersebut boleh dirujuk di laman web berikut:

ITEC17′
UMP TVET 2017