Majlis Graduasi SPM & STAM 2017 Berlangsung Meriah.

Alhamdulillah… pada 23 September 2017 yang lalu, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menganjurkan Majlis Graduasi untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2017. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Auditorium, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak pelajar yang telah hampir menamatkan zaman persekolahan di MTT. Pelbagai suka duka dan program yang telah dilalui bersama sepanjang bergelar pelajar MTT. Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 113 orang calon SPM dan Siswa Siswi STAM 2017 sebelum mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Tentatif program dimulakan dengan sesi motivasi bersama Ustaz Faisal bin Ibrahim kepada semua calon SPM & STAM 2017. Motivasi yang membuka minda dan celik kejayaan supaya mereka yakin dan positif untuk menghadapi peperiksaan sebenar tidak lama lagi. Ia adalah sebagai suntikan tambahan setelah menampilkan prestasi yang baik dalam peperiksaan percubaan yang telah berlangsung baru-baru ini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa dan ayat-ayat suci al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar Al-Hafiz. Ia disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan ucapan daripada Pemangku YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), Dr Mohamad Hamdan bin Mohamad.

Majlis graduasi yang kali pertama diadakan ini menyaksikan para guru dan pelajar tampil kemas dalam persalinan graduan. Pada majlis tersebut juga beberapa angerah telah disampaikan  kepada pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM & STAM 2017. Mereka adalah :

  1. Nur Fazreen Wahidah binti Amran
    • Pelajar Terbaik STAM
  2. Muhammad Ibrahim Adham bin Biha
    • Pelajar Cemerlang Tahfiz Pengajian Islam
  3. Wan Nur Alis Ayuni bin Wan Suhaimi
    • Pelajar Cemerlang Tahfiz Sains Tulen
  4. Rafhanah Syakirah binti Rosley
    • Pelajar Cemerlang Tahfiz Perakaunan

Semoga majlis yang melibatkan hampir keseluruhan guru dan kakitangan MTT ini mampu memberi motivasi kepada mereka menjelang peperiksaan sebenar tidak lama lagi. Ia juga sebagai satu hadiah dan kenangan kepada mereka dari warga MTT keseluruhannya sebelum mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s