Dorm Khalid Ditabalkan Juara AJN 2017

Alhamdulillah… Tahniah dan syabas diucapkan kepada keseluruhan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Anugerah Juara Nasyid (AJN) 2017 diatas penganjuran program yang berlangsung meriah di Dewan Ar-Rayyan, Quinara Al-Safir malam tadi. Majlis yang bermula kira-kira jam 9.00 malam, 19 Oktober 2017 itu turut dipancarkan secara langsung melalui aplikasi FB LIVE dan menarik hampir 1,000 tontonan (viewers)

Dewan Ar-Rayyan juga turut dipenuhi tetamu yang terdiri daripada barisan VVIP Jemputan, para guru & kakitangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang turut meluangkan hadir bersama keluarga, ibu bapa serta pelajar-pelajar MTT yang turut meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan finalist AJN2017.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan para juri yang terdiri daripada Ustaz Mohktar Seedrain selaku ketua juri, Ustaz Abdul Muiz bin Azhar dan Ustazah Wan Naimah Ali yang telah bertungkus lumus membuat penilaian terhadap setiap persembahan yang berlangsung. Tidak dilupakan barisan penaja yang telah bersama-sama dalam menjayakan program AJN2017 termasuklah pihak Quinara As-Safir, McFly, BB Garden Gong Badak dan beberapa orang penaja persendirian yang lain.

Berikut disertakan keputusan penuh AJN2017 yang telah melabuhkan tirai malam tadi.

PERSEMBAHAN TERBAIK
Dorm Uthman (Ustaz Mohd Hasmizie Hassan)
VOKAL TERBAIK
Amirul Abrar bin Hasbullah
 
TEMPAT KELIMA
Dorm Abu Bakar (Ustaz Mohd Syarifuddin Adnan)
TEMPAT KEEMPAT
Dorm Amar (Ustaz Syahmi)
TEMPAT KETIGA
Dorm Uthman (Ustaz Mohd Hasmizie Hassan)
TEMPAT KEDUA
Dorm Ali (Ustaz Ahmad Naim Abu Bakar)
JUARA
Dorm Khalid (Ustaz Salahuddin Mohd Lazim)
Tahniah diucapkan!.
Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s