Pendaftaran Pelajar Tahfiz OKU Penglihatan 2018

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar… Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir sekalian alam atas nikmat yang telah dikurniakan.

Impian besar almarhum Ustaz Abu Bakar Chik sejak 2014 untuk melihat golongan Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKU-MP) mendalami ilmu al-Quran dan Hafazan terlaksana jua. Alhamdulillah, pada 14 Januari 2018 menyaksikan Markaz Tahfiz OKU-MP telah menerima 3 orang pelajar sulung untuk mengikuti pengajian tersebut.

InsyaAllah, semoga lembaran baru ini akan membuka peluang kepada ramai lagi golongan OKU-MP untuk mendalami ilmu al-Quran dan boleh berkhidmat kepada komuniti sebagai Imam & Bilal seperti harapan yang pernah diperkatakan oleh almarhum Ustaz Abu Bakar Chik. Biiznillah. Semoga Allah memberi kemudahan kepada para pelajar dan pengurusan OKU-MP untuk mendidik mereka sebaiknya.

Besar harapan kami agar dengan hadirnya para pelajar ini, ia mampu memberi suntikan motivasi tambahan kepada anak-anak didik pelajar MTT sedia ada untuk terus menjadikan al-Quran sebagai panduan, serta melihat kekurangan sebagai lonjakan untuk mereka bersungguh-sungguh dalam menghafaz al-Quran.