Program Gunting Rambut Bersama Matt Barbershop Academy

Alhamdulillah…

Telah hampir tiga minggu sesi persekolahan 2018 bermula. Bertepatan dengan musim persekolahan yang baharu sahaja bermula, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dengan kerjasama Matt Barbershop cawangan Padang Midin & Matt Barbershop Academy telah mengadakan program Back To School. Program bergunting rambut ini telah melibatkan kira-kira 40 orang pelajar MTT pada 16 Januari 2018.

Sekalung ucapan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada pihak Matt Barbershop dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang telah diberikan. InsyaAllah, dilain kesempatan program seperti ini akan diteruskan lagi..