Kuliah Dhuha Ustaz Haslin Berlangsung Meriah

Subhanallah,.. Alhamdulillah,.. Allahuakbar…

Puji dan syukur diucapkan kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izinNya, program Kuliah Dhuha Bersama Ustaz Haslin Baharim dan Jamuan Rakyat berlangsung meriah pada 3 Februari 2018 yang lalu. Program yang bermula sekitar jam 9.30 itu berjaya menarik hampir 1,000 orang tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama mengimarahkan majlis ilmu tersebut.

Pada hari yang sama juga turut berlangsung Pelancaran Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKU MP) yang telah disempurnakan oleh YBhg Dr Mohd Hamdan bin Mohamad selaku Pemangku YDP Yayasan Kebajikan dan  Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP). Turut sama pada majlis pelancaran tersebut adalah Tuan Haji Razali bin Mat Yunos (Pemgarah MTOKUMP) dan Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa selaku Mudir MTOKUMP.

Mana-mana individu atau organisasi yang berhasrat menghulurkan sumbangan atau sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Abdullah Embong, selaku Ketua Jabatan Fi Sabilillah MTT:
Telefon : 014-212 4909
Email : abdi_em@yahoo.com
Pejabat : 09-667 0102

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :

Maybank :  5630 6412 7667 / 5630 1924 6308
CIMB : 8602 1544 84

Atas nama: Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah D.I

Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih