Lawatan Wakil Bank Muamalat ke MTT

Alhamdulillah… pada 23 Februari 2018 (Jumaat) yang lalu, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menerima kunjungan daripada wakil Ibu Pejabat Bank Muamalat, Ustaz Mustaffa dan Wakil Bank Muamalat Cawangan Terengganu iaitu Encik Azam untuk meninjau persekitaran MTT dengan lebih dekat.


Kunjungan mereka telah disambut mesra Mudir MTT, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal dan Ketua Jabatan Fi Sabilillah Cikgu Abdullah Embong. Pertemuan pagi tersebut telah berlangsung di Bilik Gerakan MTT sebelum tetamu dibawa meninjau sekitar kawasan MTT.