Majlis Penyerahan Quran Braille Digital (QBD)

Alhamdulillah,… 2018 telah membuka lembaran bersejarah buat Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) apabila telah menerima 5 orang pelajar sulung bagi pengajian Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP). Cetusan idea dan perancangan untuk mewujudkan Tahfiz OKUMP ini telah bermula sejak pertengahan tahun 2014 hasil perbincangan almarhum Ustaz Abu Bakar Chik bersama beberapa individu yang banyak memberi sumbang saran dan cadangan dalam pelaksanaan program ini.

Kini, impian ini telah terlaksana secara rasminya dengan majlis Pelancaran telah diadakan pada 3 Februari 2018 oleh Dr Mohd Hamdan bin Mohamed bersama-sama pengarah Tahfiz OKUMP, Cikgu Razali Mat Yunos dan Mudir OKUMP, Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa bersama beberapa tetamu kenamaan lain yang turut hadir dalam program tersebut yang diadakan serentak dengan Kuliah Dhuha & Jamuan Rakyat Bersama Ustaz Haslin Baharim.

Manakala, pada 11 Februari 2018 pula, MTT telah bersama-sama dalam Majlis penyampaian Quran Braille Digital (QBD) oleh Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak Yatim Shafar yang telah berlangsung di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, atas kurniaan dan bantuan yang diterima untuk manfaat para pelajar sulung di Tahfiz OKUMP di MTT ini dan juga semua penerima lain yang berjumlah kira-kira 150 orang. InsyaAllah, sumbangan yang diberikan mampu memberi manfaat kepada anak-anak istimewa ini dan secara tidak langsung memberi galakan kepada para pelajar lain di MTT khasnya.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s