Jambori Umum MTT 2018….

Alhamdulillah… Syukur kehadrat Allah SWT dengan izinNya, program Jambori Umum Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) bagi tahun 2018 telah berakhir pada 1 Mac 2018 yang lalu. Program tahunan bagi edisi 2018 ini telah berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin. Kuala Terengganu bermula 27 Februari 2018. Keseluruhan 550 orang pelajar telah melibatkan diri dalam program pada tahun ini.

Bertemakan Integrasi Pemangkin Kecemerlangan Ummah, pelbagai program telah diatur bagi memberi pendedahan kepada pelajar dalam latihan amali termasuklah mendirikan khemah, menyediakan hidangan, kerjasama berkumpulan, aktiviti riadah dan juga pengisian kerohanian seperti bacaan Mathurat, Al-Mulk dan bicara ilmu daripada penceramah jemputan serta slot Qiamullail.

Kuliah maghrib pada hari pertama program telah disampaikan oleh Ustaz Fakhrul Islam bin Yaacob yang berkisar kepada tajuk Bersungguh-Sungguh Dalam Menuntut Ilmu. Ia memberi gambaran dan suntikan motivasi kepada para pelajar supaya sentiasa memberi yang terbaik dalam mendalami ilmu sama ada duniawi dan ukhrawi. Usai sahaja menunaikan solat Isyak, giliran penceramah jemputan Ustaz Ahmad Sofwat dari Qudwah Legacy Training  Consultant mengambil tempat dengan fokus bicara kepada tema Jambori Umum 2018, Integrasi Pemangkin Kecemerlangan Ummah.

Program pada hari kedua diteruskan dengan slot Qiamullail, Solat Tahajjud, Solat Hajat dan Solat Taubat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Nafizul Ismail yang juga bertindak selaku pengarah program pada tahun ini. Ia kemudiannya diteruskan dengan Tazkirah Subuh oleh Ustaz Mohd Aruddin Nawi yang membicarakan topik Ibu Bapa : Jalan Ke Syurga atau Neraka?.

Hari kedua program diteruskan lagi dengan beberapa pertandingan termasuklah Kawad Kaki (Pagi), Pertandingan Memasak (Tengahari), Explorace, Khemah Tercantik dan Gajet pula mengambil tempat pada sesi petang. Kuliah maghrib telah disampaikan oleh pelajar STAM MTT, iaitu Ustaz Mohid Ahmanshah, disusuli tazkirah selepas isyak yang penuh keinsafan oleh Ustaz Mizan dengan tajuk Semusim Di Alam Barzakh.

Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh YM Cikgu Raja Endun bt Raja Abd Rahman mewakili Ustaz Dr Mohd Hamdan bin Mohamad. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan Majlis Pelancaran Kokurikulum MTT bagi tahun 2018 oleh Mudir, Ustaz Tuan Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s