Lawatan Kepimpinan MTT ke USM & Cameron Highland

Segala puji bagi Allah SWT pentadbir sekalian alam atas rahmat dan perkenan dariNya untuk kami mengadakan Lawatan Kepimpinan Pelajar ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Cameron Highland pada 15 hingga 17 Mac 2018 yang lalu. Dua buah bas telah membawa sejumlah 80 orang peserta lawatan yang bertolak meninggalkan perkarangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) kira-kira jam 10.00 malam, hari Khamis.

Perjalanan menuju ke Pulau Pinang yang mengambil masa kira-kira 8 jam itu singgah untuk kendiri dan solat subuh di Masjid Jamek berdekatan. Seterusnya, peserta lawatan terus dibawa ke USM dan disambut mesra oleh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar USM kira-kira jam 8.15 pagi. Sesi taaruf ringkas bersama MPP USM dan penerangan kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan di USM antara aktiviti yang telah diadakan.

Seterusya, peserta rombongan dibawa ke Perpustakaan Hamzah Sendut USM (PHS-USM) untuk sesi penerangan terutamanya kepada pengawas Perpustakaan Ma’ahad Tahfiz (PerMaTa) dan sistem yang digunapakai disana. Sebelum mengakhiri lawatan, semua peserta berpelung untuk bergambar kenang-kenangan di Perpustakaan Sendut Hamzah dan sesi bertukar cenderamata daripada rombongan MTT dan PHS-USM.

Sebaik sahaja berakhir program di USM, peserta bersiap untuk destinasi seterusnya iaitu Bukit Bendera untuk aktiviti disana serta makan tengahari. Sebelum memulakan perjalanan ke Cameron Highland, peserta lawatan turut dibawa ke premis jualan jeruk yang mahsyur disana iaitu Kedai Jeruk Pak Ali. Peserta tiba di Homestay Cameron Highland pada larut malam Jumaat, 16 Mac 2018.

Pada keesokan harinya, 17 Mac 2018, peserta lawatan memulakan aktiviti dan ziarah di Cameron Highland. Antaranya Ladang Agro Mardi, Ladang Teh, Big Red Strawberry Farm, Pasar Kea Farm dan aktiviti lain yang dibenarkan bersama pantauan guru pengiring. Peserta lawatan tiba di perkarangan MTT kira-kira jam 12.15 pagi 18 Mac 2018.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s