Ceramah Keselamatan & Demo Memadam Kebakaran

Alhamdulillah… pada hari Selasa, 10 April 2018 yang lalu, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah mengadakan satu sesi Ceramah Keselamatan dan Demonstrasi Memadam Kebakaran yang telah disampaikan oleh Tuan Abdullah bin Muhammad, wakil daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.

Program ini diadakan sebagai satu medium untuk para pelajar dan guru untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai keselamatan, kebakaran dan cara untuk menghadapinya. Pihak MTT amat berbesar hati dengan kerjasama baik yang diberikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dalam menjayakan program ini.

Usai sesi taklimat, para pelajar dan guru berpeluang melihat demonstrasi cara memadam kebakaran di Padang Asrama Muslimin. Para pelajar juga berpeluang untuk turut serta dalam demonstrasi memadam kebakaran. Semoga program sebegini mampu memberi pendedahan dan membantu para pelajar dan guru untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s