Kursus Pemantapan Kualiti Kerja, Etika & Sahsiah Diri AKP MTT 2018

Alhamdulillah… Syukur kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izinNya, program yang dirangka khusus untuk Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) berlangsung dengan baik pada 14 April 2018 (Sabtu). Program itu dilangsungkan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring telah melibatkan 31 orang AKP MTT yang terdiri daripada ketua jabatan, setiausaha, warden dan kakitangan sokongan pentadbiran yang lain.

Program yang berlangsung selama tiga jam tersebut telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Zulazhan Ab. Halim yang merupakan Dekan Fakulti Bahasa & Komunikasi (FBK), Uniersiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam mentadbir kakitangan di FBK dan juga kerap berurusan dengan pihak pengurusan tertiggi di UniSZA bertepatan dengan tugasnya sebagai seorang Dekan. Perkongsian beliau berfokus kepada empat objektif yang diringkaskan kepada M.A.I.K iaitu “Motivasi. Amanah, Islam dan Kerjasama.

Beliau mengakhiri sesi dengan kesimpulan yang penuh pengertian kepada semua peserta kursus yang rata-rata mereka yang telah lama berkhidmat di MTT. Berikut petikan ‘Kesimpulan‘ yang dimaksudkan :

“Di sini, tempat anda mencari rezeki halal untuk diri sendiri dan keluarga.
Cintailah kerjaya anda. Sayangilah tempat kerja anda.
Sedarilah bahawa tempat anda bekerja ini mengharapkan anda.
Apabila anda berubah, maka tempat kerja anda ini juga berubah.
Apabila anda berubah, maka pelajar anda juga turut berubah.
Majukanlah diri dan kerjaya anda dengan ilmu Kukuhkannya dengan ikhlas.
Kuatkannya dengan ketaatan kepada pentadbr.
Ikatkannya dengan tali kerjasama yang utuh dan teguh.
Jadikanlah kerja ini suatu ibadah, dengan sebabnya nanti ada masuk syurga Allah SWT”

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s