Rehlah Huffaz 2018 (Siri II)

Alhamdulillah, pada 10 April 2018 lalu, pihak Jabatan Tahfiz, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah selesai menganjurkan Rehlah Huffaz (Siri II) yang berlangsung di Masjid Kristal bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini melibatkan 40 orang pelajar kelas tamayyuz dan pelajar yang menerima Anugerah Cemerlang Pencapaian Hafazan bagi bulan Mac 2018.

Sama seperti Rehlah Huffaz (Siri I) yang berlangsung di Pantai Teluk Ketapang, objektif program ini adalah untuk mendorong pelajar agar bersungguh-sungguh dalam mencapai muqorror (silibus) hafazan, malah melepasi had minimum muqorror. Ia secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan sihat dikalangan pelajar untuk sama-sama mencapai muqorror yang ditetapkan.

Salain diisi dengan slot hafazan dan talaqqi al-Quran, pelajar turut berpeluang mengikuti motivasi hafazan yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Mohd, Pegawai Hal Ehwal Islam, Ketua Imam Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Diharap para pelajar dapat mengambil manfaat daripada program yang dianjurkan dan memberi rangsangan kepada pelajar lain untuk sama-sama bersaing. InsyaAllah.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s