Pertandingan Akhir Dai’ Muda 2018

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada setiap hambaNya.

Pada hari Rabu, 25 April 2018, telah berlangsung Pertandingan Akhir Dai’ Muda bagi tahun 2018 di Dewan Perhimpunan Masjid Jamek Tok Jiring. Salah satu objektif penganjuran program ini adalah sebagai medium pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar tentang aspek orator atau pengucapan awam secara menyeluruh. Secara tidak langsung, ia mampu membentuk peribadi diri pelajar yang berwibawa, berketrampilan, dan bijak dalam menyuarakan pendapat melalui kaedah pengucapan awam.

Beberapa kategori telah dipertandingkan bagi edisi 2018 iaitu Pidato, Pengucapan Awam, Azan dan Khutbah.  Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua peserta dari peringkat saringan hingga ke peringkat akhir. Mereka nyata mempunyai bakat yang boleh diketengahkan untuk tampil lebih dinamik bagi pertandingan yang akan datang. Penampilan peserta pada pertandingan akhir juga sangat menarik perhatian dengan kepelbagaian konsep dan gaya persembahan bagi memenangi hati juri pertandingan.

Berikut dilampirkan keputusan penuh Pertandingan Akhir Dai’ Muda MTT 2018 bagi setiap kategori :

KATEGORI MENENGAH BAWAH

Pidato Bahasa Arab

  1. Syarifah Sumaiyah Mujahidah Syed Ali Hasani (4 Imam Ibnu ‘Amir – Tahfiz Perakaunan)
  2. Amir Asyraaf Zainal Abidin (3 Imam Nafi’)
  3. Husna Nazihah Zakaria (3 Imam ‘Asim)

Pidato Bahasa Inggeris

  1. Siti Aina Najwa Berhanudin (4 Imam Ibnu ‘Amir – Tahfiz Pengajian Islam)
  2. Muhammad Afiq Arsyad Alias (3 Imam Ibnu ‘Amir)
  3. Nur Ireena Maisara Juhara (3 Imam ‘Asim)

Khutbah

  1. Muhammad Aiman Hakim Ahmad Kadri (4 Imam Ibnu ‘Amir – Tahfiz Sains)
  2. Abdul Rahim Ahmad Shaharuddin (3 Imam Ibnu ‘Amir)
  3. Muhammad Fakhrul Razin Ahmad Bustamam (3 Imam Nafi’)

Pengucapan Awam

  1. Sri Damia Noradlisan (3 Imam Hamzah)
  2. Aina Nabilah Mohd Azmi (3 Imam ‘Asim)
  3. Muhammad Fahmi Bujang (3 Imam Ibnu ‘Amir)

KATEGORI MENENGAH ATAS

Pidato Bahasa Arab

  1. Wan Yasmeen Khadeja Wan Khairur Rijal (Imam Hafs 3)
  2. Nur Fatin Fikriah Mohd Tarmizi (Imam Hafs 2 (A))
  3. Sumayyah Mohd Kamal (2 Imam ‘Asim)

Pidato Bahasa Melayu

  1. Nur Ain Nadhirah Mohd Hazudin (1 Imam ‘Asim)
  2. Ahmad Hanifuddin Mohd Aruddin (1 Imam Ibnu ‘Amir)
  3. Nurin Aqilah Mohd Amri (2 Imam Hamzah)
  4. Sirna Dahanim Noradlisan (2 Imam ‘Asim)

Khutbah

  1. ‘Abdurrahman Mohd ‘Afif (1 Imam Ibnu ‘Amir)
  2. Syazwan Zaidi (Imam Hafs 2 (A))
  3. Muhammad Zaem Fitri Abdul Hakim (1 Imam Nafi’)

Azan

  1. Muhammad Ismail (1 Imam Ibnu ‘Amir)
  2. Muhammad Iqram Firdaus Saifuzaman (2 Imam Nafi’)
  3. Ammar Alif Mohd Hairol (2 Imam Ibnu Zakwan)

Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada Jabatan Pengorganisasian Pelajar & Tarbiyyah dibawah pimpinan Ustaz Wan Mohd Shamsuddin Wan Daud dan pengarah program, Cikgu Mohd Sirajuddin Zakaria diatas penganjuran pertandingan ini. Semoga terus melahirkan para dai’ dimasa akan datang. InsyaAllah.

 

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s