Lawatan Huffaz ke MABIQ

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 20 April 2018 yang lalu, Jabatan Tahfiz Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menganjurkan satu lawatan ke Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (MABIQ) di Pantai Sepat, Kuantan. Sejumlah 70 orang peserta termasuk guru pengiring telah terlibat dalam lawatan ini. Pegawai daripada Jabatan Fi Sabilillah MTT juga bersama-sama dalam lawatan ini untuk sama-sama mengambil peluang untuk perkongsian ilmu daripada pihak pengurusan MABIQ.

Antara tujuan lawatan ini adalah untuk perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua institusi dalam pelbagai aspek merangkumi akademik, hafazan dan kepelbagaian projek ekonomi yang dijalankan di MABIQ. Pihak MTT mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak pengurusan terutamanya Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan isteri, yang juga merupakan lepasan pelajar Institut Berakan / MTT, Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani