Penerima APC Hari Guru 2018

Alhamdulillah… Setinggi-tinggi ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada hambaNya.

Bersempena Sambutan Hari Guru Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) pada 16 Mei 2018 yang lalu, beberapa penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah disampaikan oleh Dr Mohd Hamdan bin Mohamad yang merupakan Yang Di-Pertua Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP)

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC2018, semoga ia memberi rangsangan untuk rakan-rakan lain terus meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam menjalankan tugasan seharian. Berikut disertakan biodata ringkas penerima APC2018.

ANUGERAH GURU HARAPAN : CIKGU NUR IMAN BINTI ABDULLAH

Anak kelahiran Sarawak ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau telah memulakan perkhidmatan di MTT pada tanggal 8 April 2014. Sebelum itu, beliau banyak menimba pengalaman seperti di Rauhah Ilmi, Pusat Tahfiz Gemilang, TOP IT dan SUK Negeri Kelantan. Seterusnya, kerjaya beliau diteruskan dengan langkahan ke MTT dan diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Bilik ICT dan Bank Soalan. Bermula Mei 2015, beliau dilantik sebagai Penyelaras PBS. Antara komitmen lain yang pernah diamanahkan kepada beliau adalah Penolong Guru Kaunseling. 

ANUGERAH GURU CEMERLANG (MUSLIMIN) : USTAZ HASBULLAH BIN MAMAT

Seorang guru yang berpengalaman luas dan telah memulakan khidmatnya sebagai pendidik sejak zaman Institut Berakan lagi. Pemegang Ijazah Pengajian Islam, Universiti Maududi ini dikenali dengan seorang guru yang penuh dengan sifat kebapaan. Atas dasar itu jugalah beliau tidak pernah lupa ikatan ukhuwah dengan lepasan pelajar dan bekas guru MTT (SISBAKTI) sejak bertahun lalu.

Beliau turut dikenali kerana kemahiran dalam bidang kulinari dan masakan beliau sering mendapat pujian samada program di MTT ataupun tempahan katering melalui Jabatan Fi Sabilillah. Pengalaman mengajar yang luas merupakan antara asbab para pelajar beliau sentiasa mencapai target kelulusan dengan cemerlang. Antara jawatan yang pernah disandang beliau termasuklah Pendaftar, Ketua Ko Kurikulum dan Guru Disiplin di MTT

Kini, beliau merupakan Pengerusi Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan MTT (Kelab Ithar), Timbalan Ketua Jabatan Fi Sabilillah dan Timbalan Pengerusi Koperasi Kakitangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Terengganu Berhad (KO-MTT). Namun, kesibukan tugasan beliau dalam jawatan tidak pernah mengganggu rutin harian sebagai tenaga pengajar.

ANUGERAH GURU CEMERLANG (MUSLIMAT) : CIKGU SEMAZUANI BINTI SEMAN

Guru Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya ini merupakan graduan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi. Beliau merupakan seorang yang bersemangat dalam apa jua yang diceburi dan pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Guru Harapan 2013. Beliau juga sentiasa rajin membantu anak didiknya dalam menyelesaikan masalah dan memberi panduan kepada pelajarnya dalam memilih jurusan yang sesuai dengan pencapaian dan jiwa pelajar itu sendiri. Seorang yang mudah didekati dan mesra dikalangan pelajar dengan karektor dan kebolehan dalam memberi bimbingan kepada pelajar yang memerlukan khidmat nasihat beliau.

Bercerita mengenai pengalaman sebelum bergelar pendidik di MTT, beliau pernah dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan dan Perkampungan Orang Asli di Cameron Highland sebagai latihan dan aplikasi dalam bidang yang dipelajarinya. Alhamdulillah, semua cabaran dan ranjau yang diberi dapat dilunaskan sebaiknya.

ANUGERAH KAKITANGAN CEMERLANG : CIKGU ABDULLAH BIN EMBONG

Nukilan yang ditulis dan dibacakan pengacara majlis cukup menimbulkan kesan dihati penonton pada hari tersebut. Satu imbauan semula detik-detik beberapa hari sebelum permergian almarhum Ustaz Abu Bakar Chik diceritakan satu persatu yang berkisar kepada carian dana dan ‘tanggungjawab’ yang diamanahkan. Cetusan hati itu diluahkan sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat lain untuk sama-sama meneruskan legasi yang ditinggalkan al-marhum.

Cikgu Abdullah Embong telah berkhidmat di Institut Berakan dan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) sejak tahun 1993. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menjawat beberapa jawatan di MTT iaitu Pendaftar, Guru Penolong Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ketua Jabatan Akademik, Ketua Unit Kebajikan, Ketua Jabatan HEP, Guru Pusat Sumber dan Pegawai Sumber YAKEP. Beliau kini diberi tanggungjawab untuk menerajui Ketua Jabatan Fi Sabilillah sejak tahun 2012.

Beliau pernah diangkat sebagai guru Kelas Terbaik bagi Tingkatan 3 Ibnu Sina pada tahun 2002. Ini kerana, buata julung kalinya seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) MTT memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diduduki.

ANUGERAH JASAMU DIKENANG : USTAZ MOHD ZAHIB BIN MAT ZAIN.

Anak kampung Banggol Donas yang berjiwa besar ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Tengah dan seterusnya ke Sekolah Menengah Agama Tok Jiring. Berbekalkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang cemerlang, beliau menyambung pengajian di Kolej Islam Klang dari tahun 1976 hingga 1977.  Seterusnya, beliau menduduki Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menegah Agama Sultan Zainal Abidin pada tahunn 1978 hingga 1979

Antara karier pendidikan beliau adalah Penyelia Petang Institut Berakan (IB), Mudir Maahad Ikhwan Losong, Pengetua IB, Pendaftar, Mudir MTT dan Pengerusi Markaz Islami sejak 2010 hingga sekarang. Cinta dan kemahiran dalam bidang bahasa arab yang diajar sejak 1984 hingga kini mengangkat beliau antara panel Bahasa Arab yang dikagumi.

Ketokohan beliau turut terserlah di kampung kelahirannya, dimana beliau bertugas sebagai Imam Masjid Kampung Banggol Donas serta menjadi rujukan ilmu bagi yang memerlukan. Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan kampung Banggol Donas, Ketua Pemuda DUN Teluk Pasu dan AJK MTD Dun Teluk Pasu.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s